Khamis, 20 Oktober 2011

A doctor in a heart. Malaysian heart.

semua orang tahu aku fanatik mahathir.

ada sebab kenapa aku tak beli buku tu sejak dari hari pertama ia published. aku sengkek beberapa bulan ni. xde saving pon. mujurlah sejak raya tu, most of hutang piutang aku sedang melangsai. dan akhirnya bulan ni, barulah aku dapat bernafas dengan tenang, jadi aku fikir aku nak hadiahkan diri sendiri buku tu. Tapi dari desakan situasi, aku merasakan perlu untuk pindah rumah. Dan keperluan itu ini yang takde di rumah baru, haruslah dibeli. Tak dapat lagi aku beli buku tu. Dan setiap kali aku pergi Popular atau MPH, aku tak pernah sekali pun tak belek buku tu.

Tak sangka ada seorang hamba Allah ni menghadiahkan aku buku biografi tun. kalau lah dia tahu betapa berbunga-bunganya hati aku. Dan despite all presents aku pernah dapat. Inilah yang paling bernilai.

Hari-hari kebelakangan ni rasa terisi. termotivasi.

Z, terima kasih.

Selasa, 4 Oktober 2011

pindah

setelah 6 bulan bekerja kat sini, aku akhirnya memberanikan diri utk berdikari sendiri. maknanya, xde lagi nak depend kat member2 ke pe.

AKU NAK PINDAH RUMAH!!!!

sebelum ni pun, aku tak duduk ngan member2 aku. tapi rumah dekat. at least, aku ada la tempat mengadu nasib. kononnya.

tapi rumah sekarang ni, jauh dari ofis. pastu aku duduk bilik share. so, kiranya, aku nak rumah yang dekat sikit. yang single room. privasi sket.

aku dah jumpa. dekaaaaaat jer ngan ofis. bilik pun sendiri. tak share dah. sewa pun boleh tahan. haha. cuma, tak secantik umah skang. tapi takpelah. aku g keje. bukan nak duduk rumah menikmati keindahan. asal ada tempat tido. cukup. internet klo dah terdesak sangat, aku g je ofis. kata dekat... huhu

harap-harap rumah tu ok la. aameeen...