oh ye, sebenarnya nak cerita pasal gincu. hehe. aku baru beli gincu baru.
membeli gincu adalah salah satu perkara yang aku paling malas nak buat. dan tersalah beli color adalah perkara yang paling selalu terjadi *sigh. brand favourite aku adalah Maybelline. ceh. padahal sejak pandai beli, itu je lah brand yang aku ushar pon. dengan warna banyak dah macam pallete cat nippon, aku end up pening most of the time. terus migrain klo ushar Revlon atau Loreal yang harganya sedikit mahal.
Aku tak pernah guna gincu sampai habis. Tak pernah. Jadi aku beli, kalau aku dah rasa macam gincu expired. Sekarang ini, secara bersihnya, aku cuma ada 4 warna gincu. 3 darinya buat aku rasa cam nak buang je dalam tong sampah. Bukan warnanya tak cantik, tapi tak sesuai ngan warna kulit aku. Bagi aku, membeli gincu ni macam gamble. Sebab aku tak faham cara beli ikut norma biasa. Ha, camne pompuan beli gincu?
First, pilih2 color yang berkenan atau rasa bersesuaian ngan diri atau nak test semua pon boleh (kalau cukup determine)
Second, calit tester kat tangan (bukan jari). Pastu tengok, match x ngan warna kulit? - well, ini yang aku tak faham. warna tangan ngan muka selalunya tak sama. dan kulit tangan tentu2lah tak sama ngan kulit bibir termasuk warnanya. so, serius aku x faham. cantik di tangan, adakah akan cantik di bibir juga? oh, kalau guna cara ni, aku selalu fail.
Third, yang ni radical sket. Amik tester calit je kat bibir (ingat, org lain, calit tester kat tangan, so, mungkin ada isu kebersihan di sini). Calit kat bibir mana boleh banyak2 (mungkin akak promoter akan warning), so sikit cenot kat bibir tu, nampak ke impact? aku tak faham lagi.
Forth, kamikaze! pakai la gincu tester tu macam pakai gincu yang sebenarnya. Well, yg ni sekali je lah. pasal mungkin akan kena warning or, lepas sapu gincu tu, warna bibir takkan asli lagi. kalau first kaler dah match, untung la nasib badan. Kalau tak, aku yakin bibir takkan bersedia untuk dicalit kali kedua sebab pigmen lama akan corrupt warna baru (walaupon dah lap, melainkan guna mekap remover - amboih2...ni sudah lebih!)
Jadi cara aku, amik tester...tenung warna tu lama2 dan berimaginasi sket. kalau aku 'rasa' ok, aku amik. sebab bagi aku, test gincu macam kat atas adalah sia2 dan membuang masa.
ok, sekarang, cerita pasal gincu baru aku. ini, adalah warna gincu paling aku suka setakat ini. sebab, setelah sekian lama, barulah aku jumpa kaler yang tak jadikan muka aku cam baby doll tua (having the fact muka aku bulat, xde defined structure dan pipi tembam). ada sejarah sket pasal gincu ni. aku ke penang 2 minggu lepas, di rumah Haida, Haida cerita macam mana dia tersalah ambil gincu. even the testing part was awesome on the other color. Ouch! wasting time~~~ Gincu tu kaler oren. Tak la real oren, tapi base oren. Oh yer, mengikut pengetahuan aku, gincu ni ada 2 base (rona) utama. biru dan oren. cool and warmth. gincu base biru ni termasuklah pink, purple, , plum dan certain2 merah. gincu base oren plak termasuklah peachy, brown dan juga certain2 merah. jadi skang, gincu member aku tu rona oren. obviousla oren, pasal packaging dia memang tone oren. pakai gincu oren ni bukan semua perempuan berani. kenapa? pasal mengikut kajian, gincu oren menyebabkan effect gigi kekuningan. jadi untuk nampak gigi lebih putih, gincu base biru disarankan. ok, sambung balik. rasa macam taboo ada gincu oren.
tapi, since Haida dah tersalah, apalah salahnya test2 kan. So aku try. Eh Eh. Not bad ah. makan je ngan kulit aku. Tak nampak cam plastik pun. Teruja jap. Aku senyum2. Kuning ke nampak gigi? Hmm... tak kot. Ok jer. So ok lah. Aku ingat nanti aku nak beli 1. Nama gincu tu, Maybelline Color Sensational Papaya Milk.
Sekali, balik ke rumah di Selangor, aku pon singgah la Guardian. Poyo! Papaya Milk habis. Wadda~~~ Kenapa?!!!!! So, terpaksa lah aku test yg lain. Ok, rona oren. Seingat aku, banyak color nak menjurus ke brown dah. Last2 aku amik Maybelline Color Sensational Bronze Orange. Gamble lagi. Tapi dengan sedikit keyakinan.
Balik aku try terus. On the bare face. Bedak pon xde. Ni lagi 1 pantang, pakai gincu independently (mengikut kajian) akan buat muka lebih berusia. So, bedak, eyeliner, blush digalakkan untuk balance impact gincu tu supaya nampak muda sket. Tapi kejadah apa aku nak test je lepas tu nak relax2. Nak mekap mampus kena sindir 1 rumah? So aku calit je terus. Ya! Inilah dia. Warna dia memang blended ngan warna asal bibir aku. Rasa macam tak pakai gincu pun. Cuma muka nampak sihat sket. Oh yer, orang selalu cakap muka aku pucat. So, nampak sihat sikit. Dan mintak review dari adik dan mak. Yes. Dorang kata cantik. Maksud aku, ok lah warna dia. hehe.
*sekadar gambar hiasan |
2 ulasan:
oja!!
Aku tak tau apa motif aku baca pasal gincu...nauzubillah aku beli gincu
Catat Ulasan