My goodness. These few months memang gila. Lepas satu, satu ujian melanda. Malam-malam, aku selalu menangis. Kadang-kadang marah. Rasa macam nak gila.
Sejak Julai tu, adik aku patah tangan. After 2 bulan, dia kena berhenti kerja. Kalau diikutkan, memang tak patut lah, tapi company dia tu law firm kecik. Staff ada la beberapa orang. Dah adik aku takde, tinggal sorang. Maka adik aku bagi green light kat boss dia if diorang nak cari replacement. 2 kali extend nak bukak casing tu, last sekali, boss dia kata diorang akan cari replacement. Maka, dengan jayanya, aku lah yang akan menanggung makan minum pakai adik aku. Takpelah, dia pun bukan ada hutang.
Julai tu jugak, mak aku kata mata dia dah tak nampak langsung. Dia nak buat specs. Aku pun bawa la dia g jumpa optician. Lepas buat test mata, memang optician pun surrender. Dia kata mak aku bukan rabun, so dia suruh aku g jumpa ophtamologist. Aku dah agak dah. Mak aku memang ada cataract. Dulu aku dah ajak dia g check tapi dia tak mau. Hari tu, aku bawak jugak. Sah. Memang ada cataract. Kena bedah. Fine, dalam hati aku, kalau area 5K, aku boleh la. Sekali doktor cakap mak aku punya urat mata plak prob. Even buang cataract, x guarantee akan pulih. Tapi kalau inject satu ubat ni, peluang besar nak nampak balik. Harga ubat tu sahaja lagi mahal dari kos operate. Bincang, akhirnya doktor kata kos untuk dua mata lebih kurang 10K. Rasa aku plak kena cataract on the spot. Kabur terus pandangan aku. Tapi demi mak, aku setuju. Aku betul-betul nak dia nampak balik. Kalau dia boleh jalan tanpa kena papah and tak jatuh, tu dah cukup baik.
So kitorang buat appointment secepat mungkin nak operate mata mak. Tapi doktor kata bacaan kesihatan mak aku kurang baik (mak aku tak makan ubat kencing manis, darah tinggi dia lepas tu g melantak roti canai). Doktor suruh kawal before operation. Within first week before operation, mak aku buat perangai. Nak cancel bagai. Kawan2 dia datang rumah menakutkan macam2. Sampai menangis2 mak aku sebab takut. Aku plak dah booking. Bayar dah beribu. Kalau cancel, memang burn la duit tu. Last2 aku menangis. Baru mak aku cuak. Dia setuju.
On the day, before nak operate, doktor akan check kesihatan semua. Tiba2, bacaan kencing manis mak aku tinggi gila. Doktor tu tanya mak aku makan ubat tak? Aku cakap la makan. Memang aku nampak dia makan. Dia cakap tinggi sangat, dia tak boleh proceed. Aku pelik la. Aku dah pantang kan makan mak aku semua. Takkan takde turun langsung. Mak aku minum teh O je pagi tu. Aku frust jugak la. Dah bazir masa. Doktor tu slowtalk cakap kat aku, suruh aku g bawak mak aku jumpa doktor dan amik dosage tinggi sikit. Dalam kereta aku soal siasat la mak aku. Rupanya2 selama ni dia tak g check up. Dia kata dia g ngan kawan2 dia. Dia beli kat farmasi je ubat tu. Aku bawak dia g klinik amik ubat lain. So operation tu postpone next two weeks.
On that day, sekali lagi aku frust. Kencing manis okay. Darah tinggi okay. Bacaan nadi mak laju gila. Doktor siap suruh aku bawak mak g klinik sebelah buat ECG. Katanya mak macam ada masalah jantung. Aku yang tak tau apa2 ni bawak lah mak g situ buat ECG. Doktor kat situ kata jantung mak okay je. Cuma mak demam sikit. Dah dia tulis kat surat tu kata demam, memang cancel lah operate. Tapi dia soal siasat mak pasal darah tinggi plak. Dia kata macam tinggi. So dia tanya mak g check up tak? Mak cakap dia tak g. Dia makan ubat member dia bagi. Member dia amik dari klinik kesihatan. Doktor tu pandang aku macam nak makan. Dia kata mana boleh suka2 amik ubat orang lain. Betul la tu. Tapi aku tak tau, mak aku tak cakap kat aku. Aku memang malu gila. Marah pun iya. Aku mintak doktor tu prescribe ubat kat mak aku. Tapi doktor tu kata, dia tak boleh suka2 prescribe, dia nak tengok ubat yang lama tu dulu. Takpelah, aku cakap, nanti balik, aku bawak mak g klinik yang dia biasa g je lah. Operate mata? Postpone lagi.
Maka dipendekkan cerita, setelah sesi perdebatan kat dalam kereta dengan mak aku, aku bawak dia g klinik yang dia biasa g tu. Check kat situ, semua okay. SEMUA OKAY. Kencing manis, darah tinggi, nadi, segalanya okay. Doktor kat situ cakap maybe darah tinggi and nadi laju sebab mak aku takut. Dia kata takde masalah. Aku pn pelik. Asal kat sana je problem. Aku cakap la pasal ubat darah tinggi mak. Doktor tu tengok ubat lama mak (aku balik amik kat rumah) and prescribe ubat lain. Dia suggest mak buat ujian darah. Mana tau ada sebab lain. Aku setuju la. Aku mana tau apa2 bab2 perubatan ni. Beratus gak. Takpelah. Aku ingat kalau keluar result tu, aku nak tunjuk je kat doktor mata tu if ada prob lain.
Lepas seminggu makan ubat darah tinggi baru, buat check up and amik result check darah, doktor trace darah tinggi mak tak okay. Doktor kata maybe ubat dia bagi, tak serasi. Dia kata better lagi ubat yang mak amik dari member dia tu. Pulak dah. Tapi mak kata dia rasa elok sikit makan ubat baru ni. So doktor pun kata, maybe proceed dulu. Aku dah risau dah, tapi tak tau nak buat apa.
Masa hari operation (kali ketiga datang), bacaan darah tinggi mak tak okay. Ya Allah. Serius aku dah fed up. Kali ni abg kata dia nak datang teman mak. Tapi dia tu kalau tak lambat, memang tak sah. Maka aku ngan mak sampai dulu. Kami sampai awal dari waktu appointment. So diorang buat check macam biasa. Masa darah tinggi tak okay tu, nurse tu tanya, nak postpone bila. Aku cakap aku nak cancel. CANCEL. Aku cakap, kalau nak tunggu okay, sampai bila2 pun takkan okay, sebab kalau aku bawak mak g klinik lain, dia akan okay. Dia cuma tak okay, kat situ je. Dia akan takut lepas tu nadi laju, darah tinggi naik, suhu badan naik, semua benda naik. Nurse tu terus telefon doktor cakap kami nak cancel. Mak diam je. Sepantas kilat, tiba2 je aku nampak doktor terpacak kat situ. Dia cakap amik alat bacaan darah tinggi yang manual tu. Terus dia check mak. Dia kata tak payah cancel, dia akan bagi ubat untuk turunkan darah tinggi mak. Aku sebenarnya tak suka dia bagi ubat penenang kat mak. Sebab yang sebelum ni pun dia bagi ubat jugak, tapi takde perubahan pun. Ubat tu buat mak aku mamai sampai malam. Mak aku pun mintak kalau tak okay, dia tak mau makan ubat tu.
Doktor tu confident cakap, kalau makan ubat tu mesti boleh operate sebab ni darah tinggi. Aku pujuk mak, kata ni last kita try. Kalau tak boleh jugak, baru cancel. Mak dah merengek2 macam budak kecik. Dia ingat dia dah selamat tak yah buat. Sekali kena try last time. Makan ubat, dan doktor tu pantau kat situ, kejap2 check, kejap2 check. Turun je darah tu, dia terus suh nurse dia amik wheelchair tolak mak aku. Abang aku? Masalah betul. Tak sampai2. Mak aku cam eh eh, nanti lah, my favourite son tak datang lagi. Tapi dah terlambat, tup2 dah kat dalam. Elok je mak kat dalam, abang aku baru sampai. Sejam camtu kami tunggu, doktor keluar, kata "DAH" "Ha?" "Dah. Okay" sambil jalan masuk bilik dia sebab nak serve customer lain.
Nurse cakap kena rehatkan mak lebih kurang sejam lagi. Dia offer suh masuk temankan mak. Aku terus je ikut. Yang lain kena tunggu luar la. Aku masuk bilik rehat tu, mak aku cam takde apa2 je. Cuma mata berbalut. Aku sembang2 ngan dia. Tanya pening ke, sakit ke, dia kata tak rasa apa2 pun. Dalam 15 minit camtu, mak aku dah bangun duduk. Katanya bosan. Nak balik. Adui. Aku suruh dia rehat tapi banyak pulak dia bercakap. Tapi serius aku lega. Operation berjaya. Lepas sejam yang penuh dengan leteran tak sabar nak balik mak, diorang bukak balutan mata mak. On the spot, kami keluar, mak boleh nampak terus. Nampak muka abang. Muka cucu2 dia. Muka kak ipar aku. Muka aku. Adik aku. Mula la dia terharu. Dah lepas tu nak menangis plak. Kami pujuk2 jangan bagi dia nangis. Lepas tu dia okay. Dia tanya adik aku, "Kenapa kau hitam sangat ni poi?". Terpana adik aku.
Overall, mata mak semakin pulih, kami ada follow up and inject urat mata tu. So far, dia makin pulih. Dah nampak la benda2 sekitar dia. And mula la, dia nak cancel operation mata satu lagi.
Sekarang mak tinggal dengan aku. Senang aku nak pantau makan minum dia. Adik aku pun tak keje, boleh tengok2 kan dia. Ada hikmah jugak ujian Allah kat aku. Alhamdulillah.
Tapi ni bukan satu2nya ujian yang datang. Kerja aku pun bermasalah. Masalah dari orang lain. Yang tu aku cerita lain kalilah.