merujuk kepada entry terakhir aku sebelum ni, aku telah berhenti kerja dan menganggur. memang kerja gila. aku menganggur adalah dekat sebulan. tapi dalam sebulan tu, aku bukan duduk2 buat bodoh. aku aktif cari kerja. dan ada dua tiga interview aku g. siap kena reject pun ada. takpe. dah namanya hidup.
makin lama duduk umah, walaupun duit tak banyak keluar sebab aku balik kampung, tapi hujung bulan memang mengundang gundah, sebab lepas bayar hutang kereta, PTPTN, dan segala macam komitmen, duit akan menyurut dengan jayanya. maka aku memang risau jugak la.
dipendekkan cerita, aku pergi interview kat satu company dekat dengan umah sewa. dekat juga dengan company lama. maka, aku agak terkejut sebab ada company besar cam tu kat area umah aku. sebab aku benci jem dan tak nak buang masa kerja jauh2, aku sangat2 berharap dapat kerja kat company ni. alhamdulillah, setelah usaha, dan doa yang tak henti-henti, aku diterima bekerja. dengan jawatan yang agak baik, dan gaji yang aku minta.
Sekarang ni, dah masuk minggu kedua. So far, aku suka environment kerja kat sini. Merasa jugak aku kerja company besar, harap2 aku tak perlu risau soal gaji tak berbayar, KWSP tersangkut. Dan memandangkan jalan agak lengang, aku juga tak payah tension pasal jem. Soal kerja aku akan cuba belajar, cuba buat yang terbaik. Harap2 aku takkan menyusahkan orang lain dan boleh sumbang sesuatu. Setakat ni, team aku ada 3 orang, dan dorang baik2 belaka. Bukan setakat tu, semua orang dalam IT Department pun ok jugak.
Aku memang bersyukur sangat-sangat. Tak terkata. Pengalaman kesusahan sebelum ni betul2 mengajar aku betapa manusia ni (termasuklah aku) selalu sangat tak puas hati, merungut walaupun dah diberi nikmat. Dan bila semua nikmat-nikmat tu hilang barulah menggelabah nak meraung, menangis. Aku serik ah. Dulu kerja elok, kawan2 baik, tapi aku ada je benda tak puas hati. Aku tak nak dah camtu. Sekarang ni, aku tahu aku kena kerja kuat, bersyukur, dan sentiasa berdoa padaNya.