Khamis, 9 Ogos 2012

Gaji oh gaji

Raya tahun ni mungkin akan menjadi raya paling tak raya bagi aku. Jika dikira dari segi duit. Kenapa? Sebab kalau aku tak dapat jugak gaji sebelum raya ni, itu bermakna aku sudah 3 bulan tak bergaji. Tak, tak...bukan typo...aku taip 3, TIGA...bukan 2 atau se. Dan aku tak keseorangan. Semua staff company aku ni mengalami nasib yang sama.

Memikirkan semua ni memang meletakkan aku dalam tahap tension melampau. Apa kejadahnya raya takde duit. Out of all time, kenapa time ni? Aku tak tahulah apa yang aku nak bagi kat budak-budak kecik yang menunggu duit raya aku. Anak sedara, sepupu-sepupu aku. Mesti looking forward nak duit raya. Takkan aku nak mintak delay pulak. Ya Ampun! Gila, jatuhlah reputasi aku.

Nasib baju raya dah lama siap. Tapi itulah satu-satunya persiapan raya yang ada. Waaa.

Dan yang aku pelik ni, boss-boss aku ni takde kesedaran sivik ke? Nak kata Cina India, Melayu! Islam. Tak berapa nak islam takpelah. Tapi as Malay, yang tradisinya sama macam aku, isk.. tolong la faham sikit. Malas nak cakap lebih. Kang batal puasa aku.

Kalau tak dapat gaji minggu depan, memang aku la orang paling looser raya ni, dan company aku paling looser selama-lamanya!

p/s: sedey dowh dengar lagu raya tapi tak boleh shopping raya.