Rabu, 25 April 2012

Nobody said it was easy. But i had fail.


aku tahu. lagu lama.
tapi baru sekarang aku menghayati lirik dia. nak terburai air mata.

Rabu, 18 April 2012

how?

there are two things that bother me the most.

1. day by day, nothing seems to change

2. years back, everything's different

if there's no change, how can it be so different??

Isnin, 2 April 2012

Kucing dan komitmen dua benda berbeza tapi berkaitan

ahad lepas, subuh, mak aku menjerit2 masuk bilik aku. terkejut beruk aku bila dikejutkan dengan cara yang tak munasabah begitu. separa sedar, aku dengar mak aku mengadu dia terkejut + bangun2 dengar bunyi dalam almari dia + buka almari ada mata. huh! ngeri...ngeri...

tapi aku masih melekat kat katil. ipoi tak sedar diri langsung. apa pun pasalnya, aku tak berminat nak bangun. lagi2 lah aku tgh uzur ni.

"CEPATLAH BANGUN!!!! ada kucing dalam almari mak..."
"kucing mana plak?" (bila plak kitorang membela ni)
"cepatlah tengok...ada banyak..."
"bila masuknya?"

jangan salah anggap, aku bukanlah rajin sangat nak buat sesi soal jawab ngan mak aku...aku cuma amik masa supaya mak bosan dan tak suruh aku bangun. mak aku ni kuat drama, kadang2 dia saje je, bukan ada mende pun.

"mak rasa dia beranak kat dalam tu la.."

tetiba mata aku jadi cerah. tak tipu. terbayang-bayang ke-cute-an anak2 kucing menari depan mata ni. terus aku bangun.

sekali aku masuk bilik mak, dah ternganga almari dia. ada mak kucing dan anak-anaknya. mak aiii. comel gila. terlupa kejap aku alah ngan bulu dia. sebenarnya aku lagi alah ngan anak kucing baru beranak.

aku mencangkung depan almari tu. tengok kucing-kucing tu. ada 4 ekor anak kucing. tiba-tiba mak aku hulur besen. terkejut aku jap. bukan apa. mak bagi besen basuh sayur. ada la besar periuk kecik tu.

"masukkan dalam ni."
"muat ke mak?" nak tergelak aku.
"anaknye je la. mak nye x payah."

aku pun cuit-cuit la anak kucing tu. testing. kot2 la mak dia marah nanti dia ngap tangan aku.

"apa yang ko terkial2 tu. CEPATLAH amik. pegang!!!!"
terkejut aku. lagi terkejut dari kemungkinan kucing tu ngap tangan aku.

aku pun amik le sekor2. masukkan dalam besen. macam orang pilih ikan nak buat ikan bakar je rupanya.cepat2 aku lari keluar, takut mak kucing tu kejar nanti dia ngap kaki aku pulak. imaginasi sungguh aku ni.

"KELUAR! KELUAR!"

la..mak kucing tu statik x nak gerak. berangin la mak aku. bukan berangin je, dah berapi dah. tengok2 dia kejar kucing tu ngan penyapu lidi. lari hilang,lesap terus kucing tu. comel anak kucing tu. bersih je.so aku main-main la kejap. pastu aku masuk, layan internet jap.

kucing tu sebenarnya kucing jiran aku. tapi jiran aku cam bela tak bela je. sian aku tengok.

aku dah ke Shah Alam pagi ni. rindu la plak. sekali ipoi cakap, mak aku bagi green light suh bela.

tiba-tiba aku rasa tak nak. memang aku tak nak pun.

aku rasa aku memang ada masalah dengan komitmen la. even perkara tu aku sangat suka, aku prefer kalau aku tengok dari jauh je. mungkin sebab banyak kali, perkara yang aku suka, tak lama dengan aku. i just don't want to feel connected. it's easier to move on.

tak sabar nak balik weekend ni. mesti dah gemuk macam ipoi. haha