Isnin, 20 Jun 2016

Ramadhan 2016

Ramadhan tahun ni macam biasa. Tapi tak best sikit. Sebab sibuk sangat-sangat. Belum habis satu projek, kena start projek yang lain. Mood plak dah lari-lari. Satu skill yang aku develop sekarang ni adalah skill untuk buat kerja tanpa ada mood, tanpa focus and tanpa minat. Yer. Macam seronok bunyinya tapi serius tak best. Kita buat kerja just for the sake of the job. To finish them. Pergi kerja bosan je rasa. Nak study or research apa2 pun malas.

Last week, adik aku patah tangan plak. Maka berganda-ganda mood Raya telah terbang menjauh. Patah tangan dia, lagi patah hati aku. Sebab adik aku lah tukang buat kuih raya kat rumah. Nasib jugak aku dah order Kek Lapis Sarawak banyak-banyak. Raya ni makan kuih tu je la. Baju raya tak siap lagi. Plan nak jahit kebarung akhirnya jadi kurung je dek kekangan masa.

Masa dan masa. Sekarang ni barulah aku sedar. Orang yang paling kaya adalah orang yang ada masa. Orang kumpul harta banyak2 pun sebab nak "beli" masa. Bila kaya, ada maid, so masa untuk mengemas rumah, dah dibeli. Bila kaya boleh pakai kereta besar, canggih, ada driver, masa untuk drive, cari parking dah dibeli. Bila kaya, makan kat restoren luar, masa masak makanan, cuci pinggan semua dah dibeli.

Patutlah orang dulu-dulu kata "Masa itu emas".

Dan manusia memang selalu dalam kerugian. Termasuklah aku.