Rabu, 17 Jun 2015

Rumah Baru

Alhamdulillah. Aku berjaya beli sebuah rumah. Walaupun kecik, lama, tinggi, kena naik tangga takde lif, aku tetap bersyukur. Rumah tu aku beli dengan hasil titik peluh sendiri. Berkat doa mak dan usaha yang tak putus2.

Banyak yang aku belajar dari pengalaman beli rumah ni. Aku takmo kongsi cara2 nak beli rumah. Sebab ramai yang dah kongsi. Aku pun sebelum beli, baca banyak blog dan artikel pasal pengalaman beli rumah orang lain.

Rumah yang aku beli tu adalah serviced apartment berdekatan dengan tempat kerja sekarang. TTDI Jaya memang hot dari segi location. Titik pertemuan semua highway2 besar dan kawasan hot spot kediaman bagi budak2 uni sekitar situ. Tak banyak rumah yang dibina dekat2 situ dalam area "harga berpatutan". Melainkan bangunan yang awal2 dibina masa kawasan tu nak naik. Adalah dua tiga bangunan apartment yang dalam rate "murah". Tu pun tak lah murah sangat.

Dijadikan cerita, satu Jumaat yang barakah di bulan Januari 2015, masa tengah2 mood azam tahun baru katanyerrr, aku nampak satu iklan rumah ni kat Mudah.my. Aku pun terus call Cina tu. Dia tuan rumah. Tak pakai agent. Pastu kami arrange nak tengok rumah on Sunday. Itulah, cina tu, memang antara orang paling baik aku pernah jumpa. Impression ni kekal hingga ke saat ni. Masa mula2 tengok rumah, aku dah jatuh cinta kat rumah tu. Rumah tu agak buruk, tapi takdelah rosak apa sangat. Mr W, terangkan kat aku kerosakan2 kecil and ada la sikit2 apa yang kurang. Rumah tu basic tapi functional. Dan lepas deep research dari tahun 2010, aku rasa harga yang dia tawarkan sebenarnya agak tak masuk akal, sebab murah sangat dari yang selalu aku nampak kat iklan. Selidik punya selidik, Mr W tgh desperate nak pakai cash. Disebabkan rumah tu dah ada direct title, freehold, non-bumi, dia bajet rumah tu paling senang nak jual. Dia kalau boleh, tak nak jual sebab sekarang pun dah ada orang sewa. Aku bagitahu dia, aku first timer. Aku tak pandai. Takut nanti melambatkan proses ke apa. Mr W janji akan ajar aku. Ok, aku confirm jadi beli.

Memang, sepanjang proses Mr W memang banyak tolong aku. Aku yang tak tahu apa2 ni, dengar je la dia cakap apa. Tapi aku research gak. Pastu aku rasa memang Mr W ni genuinely baik sebab decision on lawyer, bank, semua dia suruh aku yang cari. Dia tak recommend mana2. Aku kan, sebab tak tahu apa2, aku suruh bank carikan lawyer. Nasib la lawyer tu bagus. Kerja cepat. Nasibbbb. Mr W pun pakai lawyer aku untuk lepaskan gadaian dia. Yang lain dia tak pakai lawyer, dia baca dokumen sendiri. Hmm... adakah beliau seorang lawyer? Sampai sekarang aku tak tau dia kerja apa. Yang pasti dia tak buat business, selalu out-of-office and sangat banyak asset property.

So, Jumaat yang barakah minggu lepas, urusan rumah dikira settle. Aku pun dah masuk rumah tu. Seminggu sebelum end of May tu, Mr W dah bagi kunci utk aku repair apa yang patut. Rumah bersih, tapi banyak rosak, cam plug elektrik and paip air tu. Seribu gak upah orang betulkan. Beli peti ais, furniture semua, last2 nak cat duit dah habis. InshaAllah next month lepas raya la cat.

Tapi bukan semuanya manis2 belaka. Masa nak repair rumah tu, aku perasan rumah tu ada pepijat. Aku pun first time tengok, sebab budak rumah aku histeria kot nampak benda tu. Dah la hisap darah. Seminggu gak la aku tak boleh fokus kat tempat kerja memikirkan cara2 nak membanteras binatang syaitan tu. Alhamdulillah, under control. Aku beli one powder ni online dan tabur satu rumah. Buat pendinding, aku tengok banyak mati.

Pastu aku beli perabot ni dekat satu kedai murah gila kat Seksyen 7. Tapi bersilat weyh nak tunggu dia hantar. Banyak betul dalihnya. Lepas 10 hari, malam tadi dia hantar perabih semua. Katil + tilam + kitchen kabinet = RM760. Harga kampung sangat, tapi servis urban - lambat!

Ni pun aku dah duduk rumah tu baru perasan, kat DB Box tu setiap kali pasang seterika, keluar percikan api. Terkejut bang hang. Nasib la malam tadi plug bilik aku rosak. Aku google la. Cam senang je nak buat sendiri. Tapi kena off suis utama dulu. Kiranya aku nak check la kan, mana suis utama tu, free2 nanti aku nak try buat sendiri. Kebetulan aku tgh iron baju, dah alang2 dekat dengan suis utama, aku panjat la kerusi nak check. Sekali dengar bunyi berdesir. Aku nervous dah ni, buka penutup box tu pelan2 sekali mak ai! Nampak bunga api. Terkejut weyh. Ni aku dah call technician yang betulkan rumah dulu tu. Petang ni dia baru check.

Nasib la rumah murah. Aku survey2 unit yang sama kat sini, dalam 3 bulan je, naik 20 ribu harga dia. Dulu tu kiranya masa Mr W jual dah kurang 40K dari market, klo sekarang, kira aku jimat 60K. Takpelah pelan2 perbaik. Harap2 semua okay. Tak sabar nak bersuka2.