Isnin, 23 Julai 2012

Selamat Datang Ramadhan

Dah 3 hari puasa. Tapi tak salah untuk aku ucapkan Selamat Datang kan? Dan Selamat Berpuasa korang...=)

Alhamdulillah... Despite hari yang kelam kabut Jumaat lepas (Malamnya adalah 1st Ramadhan) dimana aku kena ke KL untuk kerja luar. Dan masalah-masalah sistem yang aku fikir tak akan dapat disiapkan sebelum malam, isu-isu sistem dan server tu dapat disettlekan sebelum petang. Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Bukan apa, aku dah janji dengan mak nak balik kampung petang tu, terawikh pertama dengan dia. Aku ingat memang aku takkan sempat. Agaknya Allah nak jugak aku balik. Maka, Dia permudahkan kerja kami. Dapatlah aku balik.

Mak agak terkejut aku sampai awal. Ye lah, siap je kerja pukul 4 tu, terus aku blah keluar dari KL. Itu pun dah start nak jammed. Mujur. Hujan lebat gila. Hujan rahmat menyambut Ramadhan. Hantar colleague balik ke ofis amik keta dia, terus aku pecut balik ke Sekinchan. Pukul 7 tepat, sampai rumah. Sigh, mujur juga. aku dari KL tadi tak solat asar pun. Mujur lagi. Sempat.

Sempat lah aku relax2 jap kat rumah. Tapi ada satu benda ni, aku perasan setiap kali Ramadhan. Bau Ramadhan. Sebab masuk je waktu maghrib Jumaat tu, aku macam dah dapat bau dia. Bukan bau bazar Ramadhan semestinya. Aku tanya mak aku. Dia kata, dia ada bau jugak. Bau "sejuk". Aku tak pasti kalau "sejuk" boleh dijadikan adjektif untuk bau, sama macam "manis" untuk rupa, tapi aku setuju ngan mak. Bau tu, memang bau sejuk. Bau nyaman, damai, tenang.

Aku bersyukur aku masih ada Ramadhan kali ni. Bila Ramadhan, biasanya aku ada semangat luar biasa sikit nak buat ibadah. Aku mengaku, aku sebenarnya agak malas nak gi solat terawikh. Kalau tak kerana mak paksa dan psiko aku, aku memang teramatlah kurang motivasinya nak ke surau. Tapi aku tak kisah pun, nak cakap aku tak ikhlas, cakaplah. Tapi aku harap Allah pandanglah ibadah aku yang tetap jugak pergi walau rasa nak merangkak bergolek punya malas. Ni aku risau bila balik rumah sewa ni, adakah aku akan mempunyai kekuatan yang serupa? Doakan aku ye korang.

Kalau mengaji. Aku suka. Kat tv pun banyak alunan ayat-ayat suci Al-Quran. So, macam feel tu dah ada, and klimaksnya bila baca surah2 Al-Quran. Aku kira, aku lebih banyak menangis masa baca Al-Quran dari berdoa lepas solat. Bila baca tu, kadang-kadang datang perasaan meruap-ruap nak masuk syurga, nak tengok Rasulullah, nak jadi buah hati Allah tapi lepas tu flashback balik masa silam, tengok diri sendiri, tengok balik perkara-perkara dunia yang aku tak lepaskan..hmm... layak ke aku? Titik-titik masa depan, jadi sedih pulak. Entah dosa apa pulak yang aku buat lepas ni. Berangan-rangan nak masuk syurga? Agaknya Allah tengah ketawa.

Aku harap Allah sentiasa lindungi aku, sayangkan aku. Aku harap dia takkan abaikan aku yang jahil, tak ikhlas, dan pelupa ni. Aku harap bila waktu aku kembali pada Dia, aku dah layak masuk syurga.

Doakan aku!