Isnin, 23 Januari 2012

Nenek, I miss you.

sangat lama tak update blog. means, sangat busy. masuk tahun baru, semua nak kena semangat. boss semangat, aku ikutkan je.

banyak sangat perkara jadi kebelakangan ni. awal tahun, nenek aku meninggal. satu-satunya orang tua mak ayah aku yang aku kenal, dah tak de. aku sedih. lepas ayah aku meninggal, 16 tahun sudah, ini kematian terbesar yang aku kena hadapi. aku kira aku dah cukup besar, dan matang untuk kawal perasaan, tetap aku gagal. terasa kehilangan sangat.

aku sedar, sejak bekerja ni, aku memang jarang lawat dia lama2. aku sibuk. weekend pun kena bawa keje balik. kali terakhir aku lawat dia, aku sempat belikan dia roti kopi. dia teringin katanya. dan itu jadi juadah terakhir dia.

tapi aku bersyukur pada Allah. semua urusan dipermudahkanNya. dan segala-galanya berjalan dengan sangat baik. Allah Maha Kaya.

bila aku tengok lama-lama arwah nenek aku, timbul kesedaran dalam diri, bila kita mati, terputus segala daya kita dari dunia ni. dan kita tak mampu buat apa-apa lagi, hanya mengharapkan orang yang tinggal mengurus kita dengan baik. semoga bila sampai waktu aku nanti, aku harap urusan aku pun dipermudahkan, dan diselamatkan dari fitnah. Amin.