Selasa, 23 Ogos 2011

Mintak mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong~~~

terlalu awalkah untuk bercerita tentang raya? tak lah. seminggu je lagi.

walau apa pun kenangan dan pengalaman tentang raya, masing-masing ada sendiri punya. dan masing-masing walaupun tak ingat apa kejadah memori raya lepas-lepas, semua akan sepakat kata, mood raya memang best.

pada aku, raya paling best adalah ketika aku darjah 1. sebab?

1. dah pergi sekolah. kawan dah ramai. boleh ikut baraan berkumpulan. dapat duit raya pun banyak. sampai melendut poket baju melayu ABANG ATAM letak duit aku ngan poi.
2. dah pergi sekolah. hidup semakin jauh dengan susu. makin dekat dengan makanan2 orang dewasa. barulah perasan sedapnya makan ketupat dengan kuah kacang. sampai berhingus-hingus hidung. pedas sangat lah kononnya.
3. MERCUN!!!! dulu polis pun bakar mercun. tak caya? tu bapak aku polis. siap spare duit untuk bunga api ngan mercun. kalau tengah meriah tu, asap tebal mengalahkan kebakaran. mulalah imaginasi di medan perang. ditambah rakan-rakan sebaya yang sama gila. sape nak marah masa ni??
4. mak aku rajin. muda lagi. macam-macam kuih dia buat. dari yang gentel bulat-bulat sampailah jenis yang simbah je dalam kuali.
5. sepupu-sepapat semua kamceng. kalau gather kat rumah nenek memang heaven. x kisah dah ko anak makcik mana. jom lari2 berkubang dalam parit. ni barulah raya.
6. tak payah sibuk risau nak kemas rumah, langsir warna apa, alas meja letak kat mana, raya nak serve kuih apa. takde tanggungjawab langsung melainkan menilik2 jumlah duit raya dan siapa yang akan menjadi mangsa. kena kautim betul2. tak aci kalau ada yang tak bagi.
7. adat ziarah menziarahi memang tulus dari hati. bukan hanya sebab duit raya. tapi sebab kuih raya. mak tak pandai buat kuih moden, ada butter cerap2 memang xde la kat rumah aku. jadi satu2 nya cara nak makan kuih moden adalah dengan pergi rumah orang lain. paling aku suka, rumah MAMA COM, rumah dia selang berapa rumah je. Kuih rumah dia memang moden-moden belaka. Almond london masa aku 7 tahun, memang MEWAH. Kalau kena g ribu-ribu kali pun takpe. Tak payah duit raya pun takpe.

Aku tak pernah suka g rumah orang yang tak dikenali dengan harapan dapat duit raya. Memang aku jerkah je kawan-kawan aku yang heret g rumah so-called makcik pakcik diorang rupanya tak kenal. Aku bagi extra pelempang kalau tak dapat duit raya. Ok, aku tipu jer.


Selamat Hari Raya semua!!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

Zaman dikala aku HOT adalah zaman yang mungkin takkan berulang lagi

dulu aku kurus. caya or tak, ya, memang aku kurus. dan sebagai seorang Malaysian, menjadi kurus adalah satu usaha diatas borderline "impossible".

oleh kerana kes kekurusan aku bukannya kesan sebab sakit, atau faktor semulajadi or cara hidup. maka, satu je sebabnya, diet yang juga... diatas garis mustahil.

masa sekolah menengah dulu, semua pompuan berlumba-lumba nak kurus. jangan tertipu kalau ada yang kata "ala...apa diet2 ni...tengok aku...makan je semua..." POYO. padahal, sape yang kurus, dia yang pertama perasan. kisah dalam tak kisah? wek!

maka, sejujurnya, aku x sibuk nak "tanak mengaku" yang aku diet. memang berjaya jugaklah diet aku. ramai yang perasan ke-slim-an diri ini. cewah. lagi la plak dulu aku SANGAT tak suka pakai tudung. bajet hot. tak sedar diri. suka pakai simple. nampak bertambah2 ringan. (insaf dah skang)

camne aku diet? camni:

1.Research

yelah. RESEARCH. apa ingat aku main diet jer? aku buat research tentang food calories. di zaman itu internet availability bukan cam skang. so kena baca buku ok. baca majalah. dan seterusnya, bila dah tau keperluan kalori yang sesuai ngan aku, maka bermulalah plan untuk meng-implementasi-kan pengetahuan itu. kena plan leklok. salah plan buruk padahnya. maka aku amik 1200 kcal sebagai kalori yang aku perlu ikut. sebab aku bukan atlit pejalan kaki atau pemain netball atau perentas desa terpantas. maka sebagai pelajar yang aku kira kerjanya lebih kepada guna otak dari fizikal, maka tak perlu banyak2 kcal. (masa tu aku fikir begitulah, tapi masa zaman universiti, hipotesis ini berubah...)

but for now: perempuan, almost sedentary lifestyle ----> 1200 kcal

2.Plan

camne nak menjalani diet tu? kena lah ada plan. So bagi aku, aku adapt cara mudah. bagi je samarata kcal tu utk 4 kali makan. so, 1200kcal bahagi dengan 4 = 300 kcal. Setiap kali makan kena limit 300 kcal. Klo lebih kerap, lebih sikitlah nilai kcal. Aku cuba lebihkan kekerapan, sebab kalau sikit sangat kekerapan nanti aku rasa cam giler meroyan. lama sangat nak tunggu next meal. Kadang2 (terutama time weekend) aku lebihkan kalori time lunch ngan dinner dan limit breakfast with no supper. yang penting jangan lebih 1200 kcal. kalau ada aktiviti bergerak banyak baru boleh tambah sikit-sikit kalori.


3.Implementation

apa yang nak dimakan? tak kisah! apa-apa pun boleh. but you pay the price(kcal). nak sedap, banyak la kena bayar. Contoh: ice-cream, kcal besar tu sebab kandungan lemak yang tinggi. Then tinggal sikit la makanan lain boleh makan. Nanti tak cukup kcal nak bayar. Lebih = gemuk. Camne nak tau berapa kcal ada dalam makanan tu. Tu balik pada step 1. Research. Kalau makanan dalam paket atau tin, baca la label. Aware of size hidangan. Adalah salah untuk fikir 1 paket/tin/botol = 1 hidangan. 1 botol coke kecik tu pun sebenarnya 2 hidangan. So? pandai-pandai la. Aku, senang je. malas fikir banyak nak agak nasi goreng berapa kcal, nasi kerabu berapa kcal. Aku makan roti gandum penuh (+- 156 kcal) ngan Milo (+- 120 kcal). Itu je la aku hadap. khasiat banyak. mengenyangkan. sedap. Pagi-pagi makan oat + susu. serat tu. (+- 200 kcal). Satu benda aku memang kena makan, desert. tak kisahla coklat ke, puding ke, tapi mesti nak. Yang ni memang limit 1 bite je. lepas kempunan sudah.

Pandai-pandailah.Kalau jenis yang tak kisah apa benda tapi nak mengunyah je keje, makan sayur-sayuran mentah, ulaman. kcal sikit. makan sampai muntah pun belum tentu gemuk. mentah tau. jangan plak goreng tumis ngan belacan, mintak bergenang. pastu gemuk gak memang nak kena hentak.

4. Awareness

oleh kerana aku diet masa sekolah menengah. tengah nak membesar, aku amat takut tak cukup khasiat. takut bantut. jadi ye adik-adik, sila pastikan pengambilan kalsium adalah tinggi. ok, i end up being 160 cm figure. so rasanya, kalsium aku cukup. dan pastikan serat diambil. kalau tak sembelit nanti. minum air putih kena banyak. i mean SANGAT BANYAK. air putih. H2O. Bukan Coke/jus oren/sirap rose dan lain2 perisa. insyaAllah. takde masalah.

5. Bonus

Rajin-rajinlah puasa. Walaupun macam tak ikhlas puasa sebab nak kurus, tapi dosa pahala kan Allah yang tentukan. Maksud aku puasa sunat. Puasa wajib aku takut la nak campur-campur niat. Nnati hutang tak beres naya jer. Sebab bila kita pasang niat nak puasa, otomatik mind-set jadi kuat nak tahan hawa nafsu. Anggaplah puasa tu 1 proses rehab. Kita pulihkan balik fizikal, spirit dan pemikiran kita.


Ha, maka masa aku sekolah dulu, berat aku 46 kg with 160 cm height. Hot ker? haha. owh~~ itu dimasa aku banyak peminat tak tau nak layan yang mana =P.

Sekarang? still 160 cm. tapi berat dah lama tak timbang, so tak tahu. dah tak hot. Oh yer, dan dah takde peminat.

Tapi kalau rasa-rasa nak cuba jaya cara aku diet dulu-dulu, inilah dia. try with gut. pape jadi aku tak tanggung. hahahaha.

Selamat berpuasa semua!

Khamis, 4 Ogos 2011

Dulu saya pernah ikrar untuk go green

x baik merungut bulan-bulan puasa ni kan?

tadi aku dpt 1 task. beberapa hari ni aku xde keje. aku free la kiranya. pasal keje 1 minggu ni aku dah struggle siapkan beberapa hari lepas. saje. aku mmg suka mcm tu. bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian tu aku mmg amik secara core. sampai migrain aku siapkan task tu. sekarang aku nak goyang kaki. tak salahkan? keje aku siap. awal lagi. cuma hantar nantilah masa due.

maka, tadi aku dapat task lain. senang je task tu. bukan task aku secara specific. tapi since aku ni mahir lebih sikit guna Word dari akak admin, maka aku diberi mandat wat keje dia. Tak kisah. serius. bukan lama pun keje tu. kena main ngan alignment, table, kertas berukuran pelik dan printer. bukan wat dari scrath pun. benda dah ada. aku pun xde keje. ok jer.

masalahnya, benda yang diprint tu tak confirm lagi. cerrr bayangkan benda tu ada sequence dan tak confirm. meh aku bagi contoh.


ok, bayangkan aku kena print benda tu betul-betul ikut sequence dan tempat letaknya x boleh switch2. fix. dan benda tu x confirm. maka mengikut experience aku yang hanya beberapa hari lepas, nanti ada plak amendment nak menyelit tengah2 sequence tuh. contoh:


maka, aku kena print balik brand new 3 sequence after yang menyelit tuh :


in which i find, so tedious. So aku argue la pasal benda ni. pasal pembaziran kertas berukuran pelik tuh. Pastu colleague aku dah lain macam. ye lah. aku garang. tapi bukan aku argue pasal aku tak nak buat keje. tapi aku tak nak buat kerja sia2 even kecik macam mana pun. tak salah kan?

So, tak kira, aku kata, biar confirm then aku print sequence tu. diorang setuju, tapi x tau la rela ke tak.

Lepas-lepas tu, office senyap giler. termasuk superior aku. ni ha. bunyi aku menaip je kedengaran.

p/s: banyak gambar kan? aku rajin bukak paint wat segala, al-maklumlah, tengah free.

Rabu, 3 Ogos 2011

Ya Ramadhan al-Mubarak

puasa x? haha

so far, 3 Ramadhan, aku xde kantoi lagi. Tapi nak start ni, memang sakit kepala. Betul-betul sakit kepala.

Sebenarnya salah aku sendiri. Aku ni penagih kaffein. Maka, bulan puasa ni aku fikir: aku tak boleh amik kaffein sebab kesannya tak berapa nak bagus untuk aku (pengalaman).

Yelah, tak prepare awal2. aku sepatutnya gradually withdraw caffein dari diet aku 1-2 weeks before Ramadhan, xde la terkezut badan ni. Manja punya pasal. Nak sedap jerrrr...rasakan!

Jadi aku serupa hang over sekarang ni. Bila petang meyucuk2 je rasa dalam kepala. Tapi demi puasa yang lebih baik aku kira, awal-awal ni kena la kuat semangat sikit.

Kenapa x amik kaffein? Sebab nanti aku haus. Haus la sebab asik g toilet. So, dehidrasi nanti sape yang susah? Ampun mak, tak nak kena dah.

Cerita nya camni:
Dulu aku study kat USM kan? Aku duk Saujana tau. Haah. Desasiswa yang cantik atas bukit paling tinggi tu. Bilik aku tingkat 10 tau. Cantik tau. Ok. Masa tu bulan puasa. Aku balik dari kampung. Bawa beg baju sumer lah. Sekali aku salah timing apa kebendanya, bas USM xde. maka aku kena la menapak dari gate Sungai Dua ke gate keluar USM kat tepi stadium masuk RST. perghh...sampai Restu bawah, aku pengsan! ada 2 orang Cina bagi aku asam. Asam tu x bukak lagi. Aku usha je asam tu. Aku berkira-kira nak buka ke x, pasal tinggal x sampai setengah jam je lagi nak berbuka. Cina tu terus koyak paket tu, benda pertama dia cakap kat aku pastu, "makanlah, Halal ni..." sambil tunjuk logo Halal. pasal dia punya muka sudah concern gila, aku makan. haahaha. Masa aku kat uni, aku memang x boleh berenggang ngan Nescafe. rasa nak mati kalau x minum. maka aku memang rajin g toilet pun sepanjang atas bas. aku memang dah rasa haus giler even before sampai USM lagi. tapi nak jadi pengalaman, jadi jugak.

Sebenarnya banyak kali gak la aku melalui pengalaman teruk dehidrasi. maka, aku tak nak amik risiko lagi. Selalu aku kena kat umah, boleh la wat apa yang patut. Tapi pengsan kat Restu memang pengalaman paling teruk.

So, no caffeine!

Semoga puasa ni akan menjadi "Miracle Ramadhan" dalam aku menghadapi hawa nafsu sendiri.