Sabtu, 30 Januari 2010

Suatu masa yang entah kenapa aku selalu lupa

Hari ni Thaipusam (erk?) or Taipusam (erk erk?). Aku tiada makna lain untuk Thaipusam selain cuti. Ya cuti. Walaupun aku agak yakin orang lain memang akan cuti hari Sabtu. So?

Seawal lepas Subuh aku sudah mandi. Sebab kena ikut mak pergi pasar. Tapi disebabkan mak suruh aku jumpa seseorang, kami kena pergi tempat lain dulu sebelum ke pasar.

Lebih kurang pukul 7.15 (serious gelap lagi), aku ngan mak dah tercongok depan kedai Che Halim. Che Halim adalah orang yang bertanggungjawab menyuruh aku mencuba nasib mintak kerja aku sekarang ni. Since aku dah dapat, aku patut berterima kasih. Masuk kedai mak terus meluru kat diorang laki bini, menyembang. Aku plak senyum simpul sikit-sikit, jawab soalan sikit-sikit dan terus meluru ke tempat nasi lemak menyenduk apa yang patut.

Masa duduk makan, mak masih menyembang. Dengan Pakcik Sahak. Aku tak berapa kenal walaupun akhirnya aku tahu, keluarga pakcik itu rapat betul dengan keluarga aku. Dia sempat tanya aku pasal belajar, pasal kerja. Sambil makan. Semuanya biasa-biasa aja sampailah...

Mak panggil aku dan suruh pandang belakang.

Cikgu Kasmuni? Dia usha aku. Terkesima sebentar. Aku blur. Mak sempat jegilkan mata membelakangi cikgu; bisik suh salam. Aku bangun dan terus salam. Siap cium tangan lagi. Terkelat-kelat muka aku.

Nak dijadikan cerita, Cikgu terus duduk semeja join kami anak beranak. Muka cikgu dah lain. Pergh. Baru la aku sedar dah lama gila aku tak jumpa cikgu. Dia bekas penguasa AYSK. Asrama Yayasan Selangor Klang. Asrama aku dulu. Banyak benda dia cerita. Pasal entah siapa-siapa bekas pelajar AYSK yang telah berjaya kini. Pasal Ustaz Zohdi yang kini ada di Bagan Terap. Pasal Puan Sabariah sekarang penguasa baru AYSK (dulu dia kaunselor). Pasal reputasi AYSK yang sedang memulih. Dia nak bersara next year. Macam-macam. Pasal batchmate aku yang selalu dia dera pastu dah jadi lawyer (Sofi ker?). Sempat dia suh aku berenti kerja dan try mintak keje kat SUK. Nasi aku terus rasa kelat. Aku tanya dia layak ke aku kerja dengan Yayasan Selangor. Belum sempat dia habis blur ngan soalan aku mak aku terus tolong clearkan segalanya. Bagitahu dia aku keluar AYSK time Form 3. Sekarang muka dia yang kelat. Well, dia tinggalkan AYSK dan naik pangkat masa kami Form 2. Dia tentula tak tahu aku berhenti. Senyap je dia. kecewa ker? Aku terus tukar topik tanya pasal Puan Kamariah. Well~~ berkesan. Puan Kamariah sekarang kat Melaka. Sihat. Aku dengar-dengar dulu dia ada kanser.

Dia masih tak order-order. Walaupun setiap kali aku nak suap nasi aku mesti ingatkan suh order. Dia masih bercerita. Last-last nasi aku pun habis. Nampak aku dah selesai, cikgu mintak diri nak balik. Aik? Tak makan pun. Sebelum balik sempat dia suh aku mintak kerja kat SUK lagi. Aku senyum jer.

Nasi hari tu Pakcik Sahak yang belanja. Rezeki bangun pagi.

Aku mengaku aku selalu tak mengaku aku budak AYSK. Aku lebih gemar kata aku budak Yoke Kuan dan lupa terus pasal AYSK. Aku x ingat kenapa aku keluar AYSK dulu. Tapi puncanya mungkin bermula dari aku Form 1. Kehidupan di sana masa tu terlalu negatif bagi aku. Populariti seperti segala-galanya. Being low profile is just a no-no. Belum cerita kes rasuk, kes santau, kes kena kaunseling, kena conteng meja dll.

Lepas aku tulis post ni, aku sedar kenapa aku selalu lupa AYSK. Mungkin sebab aku nak gembira.

Isnin, 25 Januari 2010

Terpaksa Kulepaskan

Bulan Januari ini, isu terbesar yang berlegar dalam kehidupan aku adalah tentang keputusan hendak membeli kereta. Tiada apa yang pasti. Jadi, aku agak malas untuk bercerita sedangkan hal ini hal yang mungkin kedua terbesar selepas hal kahwin aku di nanti. Sejak tahun lepas lagi, aku sudah berangan-angan ingin memandu kereta sendiri. Budget aku bukan tinggi sangat. Jadi aku aim kereta yang kecil2 jer. Aku kalau boleh, memang nak kereta yang worth every penny. Aku minat Viva tapi ramai sangat yang mengata Viva. Macam-macam la. Aku simpulkan – Viva ni the most expensive junk on road. Aku bukan tau sangat part automobile ni. Zero. Tapi dari yang aku faham, specifikasi dia tu sebenarnya x layak pon untuk dapat harga yang sekarang ni. Entah. Aku pon x tau. Sekarang aku buntu. Myvi pulak aku tak mampu kot. Gaji aku ciput jer.

Sekarang aku sedang berusaha mengumpul down payment serta menjaga hati abang tersayang supaya dia bayarkan separuh lagi down payment aku. Hutang pun semua dah kutip habis. Tinggal tunggu slip gaji pastu bolehlah menilik2 nak beli keta apa.

Eh, ada tak kereta yang dapat diskaun 7~8 ribu CNY ni? Pergh… macam diskaun 7~8 posen jer citer…

Ahad, 17 Januari 2010

marah = bagus

Sejak beberapa hari yang lalu, aku rasa numb. X dapat fikir. X larat nak wat apa2. Even nak tidur pun x layan. Klo aku ni suka percaya bomoh dan khurafat, tentu aku fikir aku dah terkena buatan orang atau mengalami gangguan jin. Tapi disebabkan aku suka membaca, aku yakin situasi aku ni ada penjelasan logik secara sains.

Aku yakin penyakit aku ni sebenarnya digelar fatigue dan berpunca dari stress dan boredom. Mgkin pasal beberapa hari ni gak aku penat giler otak dan badan menghadapi hari2 yang rutin dan bosan. Ye la kan, klo each day pun sama jer, best cane pun jadi bosan kan. Dan perasaan yang paling terer membunuh aku adalah jemu.

Tapi semalam, banyak insiden jadi membuatkan darah aku ada sikit beza kandungan kimia kat dalamnya. Dah la kantoi ngan org hq. Pastu berjumpa plak ngan orang yang mmg layak nak ditumbuk kat muka. Lagi pulak aku kena wat macam2 diy petang semalam kononnya nak ceriakan pjk. Jantung aku berjaya mengepam lebih deras dari biasa. Aku jadi focus, bersemangat, dan totally out of that numb feeling. Which is the greatest sensation i crave for the last few days. Yeay!

Walaupun banyak insiden yang jadi semalam boleh dikatakan negatif, tapi sebenarnya aku boleh cakap la yang aku ni agak master handle situasi2 sebegitu. Aku dengan tiba-tiba boleh jadi a bit smarter, quick-witted, spontaneous, creative, dan sangat fasih berkata-kata. Seseorang yang aku tahu aku x mampu jadi bila aku happy, ceria, dan relax. Ini kerana perasaan yang paling terer mengangkat aku adalah marah.

Ahad, 10 Januari 2010

good match good adrenaline

Malam tadi untuk pertama kali selepas suatu jangka masa yang sangat lama, aku layan bola. Betul la bila ramai orang kata mutu bolasepak Malaysia makin meningkat. Bukan dalam tempoh 'yang lama' tu aku x cuba tengok bola. Tapi hakikatnya melihat lelaki-lelaki berlari ke kiri kanan padang dalam kepenatan dan menyudahi scene ngan aksi-aksi hampa + bodoh bola tak masuk gol. Memang sakit hati.

Tapi malam tadi memang ada sedikit beza. Adakah kerana dua pasukan hebat berentap? Selangor vs Negeri Sembilan. Hebat kan? Aku cakap Selangor hebat pasal aku orang Selangor. Kalau tak hebat pun, semangat kenegeriaan aku mungkin mengaburi mata. lagipun ada Amri Yahyah yang masukkan gol time lawan ngan MU tu. Dan Negeri Sembilan memang hebat gak kan? Pasal ada suami Rita Rudaini tu sapa ke namanya, aku tau Aidil Z****n ngan kembar dia yg pakai baju nombor 8. Diorang main ngan Vietnam then menang tu (padahal sape ntah yang golkan - nampak sangat aku bodoh bila cerita pasal bola sepak... Ampun).

Dapat rasakan desakan adrenaline each time team Selangor dekati gawang gol Negeri Sembilan dan klimaks Selangor sumbat 2 gol. It was a good match thO.

Lain kali kalau Selangor lawan bola lagi dengan pasukan yang 'hebat', boleh la tengok. Entertaining kowt.

Selasa, 5 Januari 2010

Bosan #1

Sekarang ini aku tgh bekerja. Mencari duit tambahan. Bukan nya gaji tidak cukup. Tapi kerja aku ni duduk goyang kaki sambil surf internet pun duit masyuk. Siapa x nak kan. Kalau kat umah pun aku buat benda yang sama. Lagi la internet tak berapa laju macam kat sini. Aku cuma perlu pakai tudung dan duduk sopan sikit jer.

*siapa berminat nak kerja cam aku boleh klik sini. Kerja yang aku maksudkan either pengurus atau penolong pengurus. Kerja lain aku yakin tak berapa goyang kaki.

Duduk berdua kat umah kadang-kadang sunyi juga. Di sini aku boleh dengar bunyi bebudak. Bunyi mereka ni merangkumi bunyi kereta yang dibuat2, bunyi mencarut dan kalau bernasib baik boleh juga dengar mereka nyanyi lagu rock kapak. Owh yer, atau kadang2 mereka bergosip tentang Dayana Idola Kecil. Rancak satu hari Ahad tu bila malam sebelumnya Dayana menang Idola Kecil.

* perenggan dua bunyinya macam aku ni seorang isteri yang mandul. Tidak, aku belum kawin.

Esok cuti dan aku nak cari inspirasi apa yang nak dibuat esok. Mungkin menjahit dan cuba resepi baru. Entah kenapa sekarang xde mood nak tonton apa-apa movie.

Sabtu, 2 Januari 2010

New Year Resolutions

Pernah x korang berazam dan tulis azam korang tu atas kertas? Mungkin korang takkan tulis kalau azam tu cuma satu. Tapi satu tahun 365 hari takkan la cuma nak capai 1 benda atau cuba elak buat satu benda.

Oh yer, mungkin bukan semua orang macam aku. Dan aku yakin ramai orang dah capai kebanyakan impian diorang. Samada secara terancang atau atas dasar tuah. Apa pun caranya, impian takkan habis kan? Jadi apa salahnya kalau list out perkara-perkara yang ingin dicapai atau kelemahan-kelemahan yang ingin dibaiki sepanjang tahun 2010 nanti. Buat awal tahun supaya senang nak pantau dalam tempoh setahun ni. Sebab banyak benda start on New Year kan. Tapi bukan bermaksud salah kalau tetiba tengah tahun nanti ada azam baru plak.

Put your life on paper or advanced post on blogger. Overview, Analyze, Plan, Implement and Fix. pergh... dah serupa Software Life Cycle Waterfall Model dah.


Ni Azam tahun 2010 aku.
1. Beli kereta dan x jatuh miskin.
2. Stay healthy. Jadi aktif sikit dan kurangkan junk food
3. Kumpul duit and g travel by the end of this year.
4. Nak jumpa kawan-kawan lama yang sungguh bererti bagi diri ini dan sangat dirindui. Ececeh.
5. Renovate bilik menjadi "Oh, so ME!!" memandangkan dah duduk sini jer. Tapi sikit-sikit la pasal gaji pun bukan besar sangat nak beli itu ini yang "Oh, so custom". Bilik aku skang ni mmg mempunyai pengaruh-pengaruh ipoi di dalamnya. 'll start with 'mansuhing' her clothes out of the room.
6. Say yes to the things i hate. Especially those things I hate pasal ignorance. Aku nak figure out, teruk sangat ker those things. haha..Ayat x ble blah...
7. Menyemai jiwa seni aku yang dah lama memberontak. Yeah... hunting for DIY projects!!!
8. Remanaging time jadi aku akan stay organized dan x membantutkan proses menjana income. Eh, yg ni ble jadi azam ker?
9. Redefine habits. xmO selekeh2 dah. Kuar umah mesti nak pakai UV protector. Tidur malam mesti pakai losyen. Scrub dan masker seminggu sekali.
10. Finishing my writing yang dah tertangguh lebih setahun. Aku tahu ini yang paling susah. Sebab ini azam tahun lepas yang tak tercapai. Dan cerita first yang aku tulis 3 tahun lepas pun tak siap-siap sampai akhirnya burn bila komputer kena virus dan formatted. It was a nice story though. At least untuk aku. Biar aku jilidkan pastu free2 aku baca. Sampai tua. So hopefully, azam ni xkan re-appear lagi untuk azam next year. Either aku give up or finish them.
11. Open myself to fall in love again. Seriously. Dan kalau ada peluang tentang cinta, aku akan cuba berdiri dalam realiti sebenar, buat perhitungan sebaiknya dan ikhlas selamanya. Ok, now tolong gelak.

Aku harap tahun 2010 ni akan jadi tahun yang bermakna, penuh dengan aktiviti-aktiviti yang akan jadi kenangan terindah. Tahun yang aku akan buat keputusan dengan yakin. Dan sekalipun keputusan tu salah, aku akan kuat menghadapi dan still have fun.