Jumaat, 27 Februari 2009

Ini bukan susu yang basi

Aku rasa basi. Maaflah aku tak tahu apa perkataan yang paling sesuai digunakan untuk describe perasaan aku sekarang ni. Tapi kalau bahasa omputihnya mungkin aku akan guna obsolete.

Aku rasa macam kat sebuah perhentian. Yang hampir-hampir aku jadikan rumah. Aku berhenti terlalu lama. Semacam ada satu kuasa yang menghambat aku supaya terus bergerak. Tinggalkan semua yang dah berlaku. Tapi aku seolah takde daya.

Aku rasa aku dah terlupa nak appreciate banyak perkara. Aku rasa bersalah. Aku ikutkan perasaan. Tapi aku pun tak mampu nak mengubah diri. Aku, aku tak tahu macam mana.

Ahh……. Basinya……….

Rabu, 25 Februari 2009

La Tahzan Liza

Aku jarang membaca secara suka-suka. Jadi scope pembacaan aku adalah tentunya menjurus kearah academia. Novel bukan dicipta untuk aku. Begitu juga surat khabar.

Tetapi aku sangat suka menekan keyboard dan merekod.

Jadi aku suka mencatat pemikiran, pendapat dan cerita. Aku juga suka melalut. Seperti sekarang ini. Aku sebenarnya nak kata aku sedang baca sebuah buku (intro sepatutnya perenggan satu). Mengapa ya aku tertaip satu baris ayat sebagai perenggan dua dan melalut diperenggan tiga?

Sekarang perenggan empat. Buku yang aku baca sekarang ini bertajuk La Tahzan. Baru baca separuh. Itu adalah buku ketiga yang aku baca secara suka-suka sepanjang 22 tahun aku hidup. Buku pertama adalah ketika aku darjah tiga berjudul Dialog dengan Jin yang aku pinjam dari Azwa; yang kedua ketika aku form 3 berjudul Cinta Abadi, aku pinjam dari Ayie. Sekarang buku ketiga aku baca ketika aku di tahun tiga pengajian university, aku pinjam dari Atun. Bagus. Kebetulan aku berjodoh dengan nombor tiga. Dan pemilik yang namanya bermula dari huruf A.
Buku itu (La Tahzan) walau menarik aku untuk terus membaca, sempat meletakkan aku dalam denial state. Baru aku perasan, aku ni suka pandang belakang. Tak seram. Aku suka usha balik kenangan lama. Membuat overall evaluation and come out dengan perasaan overwhelming yang kadang-kadang agak keterlaluan.

Jika aku compare diri aku dulu dan sekarang, aku memang sangat-sangat berbeza. Dulu itu mungkin sepuluh tahun kebelakang. Aku berubah banyak sisi. Dulu aku fikir perkara yang paling menggembirakan adalah jadi yang terbaik. Jadi dulu aku perfectionist, bossy, well-planned dan asyik berfikir.

Pengalaman, kepayahan, kehidupan dan ketakutan buat aku banyak menangis dan belajar. Aku hari ini, jauh benar dengan aku sepuluh tahun dulu. Aku tak kisah lagi kalau bilik tak bersapu seminggu pun asal aku masih boleh baring atas lantai dan tidur macam haram. Tak kisah pun kalau orang tak setuju dengan aku dan masih boleh senyum lebar-lebar percaya diri sendiri. Aku tak kisah mintak maaf dan buat muka seposen. Aku tak kisah buat presentation tanpa preparation. And I just speak out when I want to. Aku mungkin hilang banyak dari sisi disiplin. Tapi nyata aku lagi bahagia.

Aku rasa aku masih akan gembira kalau aku tak kerja bidang professional dan hanya kerja biasa-biasa. Tapi aku pun belajar yang kehidupan ni bukan tertakluk pada kebolehan yang kita ada, tapi lebih kepada pilihan yang kita buat. Aku pilih untuk menyumbang pada orang lain dengan IT dan keep fun things for myself. Chanteq!!!

Tengok. Aku sebenarnya nak citer pasal buku tadi. Maap…

Rabu, 4 Februari 2009

Kilanan bersahaja

Aku dalam kelas web engineering petang semalam. Sangat petang. Lepas waktu pejabat.

Lecturer aku sangat bagus. Aku yakin. Dia bekas pengurus sebuah IT department sebuah company yang kalau aku sebut tentu ramai yang tahu (dirahsiakan). Usianya lingkungan 40-an. Lulusan university di USA. Perempuan.

Aku macam budak lain. Petang-petang ada kelas belajar teori tentu mengantuk. Tapi aku belum pernah tidur lagi.

Dia mengajar itu dan ini, aku buat muka faham je. Kalau dia bertanya jawab ramai-ramai. Angguk, geleng, ketawa, senyum. Layan je dia. Tak perlu la nak tension pun. Memang tak tension pun. American style. Walaupun apa yang diajar tu sekadar difahami sampai level “sampai mana dia dah ajar dan balik perlu revise” kami interactively support dan bagi dual communication gak la.

Dia tengok kami boring,(atau dia sendiri dah boring) dia bagi banyak example so kami boleh faham.

Aku tertarik ngan satu example ni:

Pasal satu kilang latex glove ni. Medical practitioners masa tu demand bnyak glove. Kilang ni kiranya established and expert dalam pembuatan glove la. But entah camne mesin nak wat glove tu lambat sampai so dia tak leh buat glove bntak-bnyak as demand. Then bila mesin sampai, market already saturated ngan glove dari kilang lain.

Lecturer pandang kami macam sorang ibu yang caring. Mesejnya:

When there is an opportunity, just grab it. Don’t be late. Don't let it go. Because once you let it, that opportunity might not come again, or when it come, it is not the time anymore.

Aku terpana. Berapa banyak peluang aku dah buang?

Fire Drill 2

Watak masih sama dengan fire drill
Pukul 12.30 am

Aku solat isya’. Sleepy roommate dah tido.

“Kringggg!!!!!”

Sleepy roommate terjaga dan berlari kearah pintu.

Dia bawak masuk selipar toilet dia dan aku. Campak tepi bakul sampah. Macam biasa. Extra, dia turunkan langsir.

Tak lama pastu aku selesai solat. Aku doa ala kadar.

Sleepy roommate duduk atas katil. Dia tak sambung tido.

“Nape ton?” Aku tahan nak gelak.

“Benci la…” Sleepy roommate merungut.

Aku lipat telekung. Masih tenang.

“Tu tekun la” Bukan desa kami.

Sleepy roommate intai keluar tingkap. Aku join dan nampak budak-budak lelaki tekun turun ikut tangga. Sure lif kena tahan punya.

Sleepy roommate nampak lega. Aku ketawa.

“Kita dah lepas la…”