Rabu, 21 Januari 2009

Entry yang sangat panjang

Akibat selalu bertandang ke taman orked kelabu milik bekas percussionist pancaragam putih yang selalu menyebabkan penghuni aspuri bangun awal walaupun hari weekend, aku jadi teringat pengalaman bersama Veto’s power The Senorita.

Malam tu kami dah tidur bila kena kejut secara drastic ngan kakak-kakak senior.
Apa kenanya?

Dengan mamai dan curious kami berarak naik ke level 3 hall. Bukan dewan, Cuma ruang lepak.
Kakak-kakak senior dah duduk sebaris mengadap hall dan membelakangkan tangga.
Kami si adik-adik yang mamai+comel+naïve disuruh duduk bersila atas lantai. (Sorry Achan, ayat ni ada style penulisan kau)

Tiba-tiba ketua si kakak-kakak memulakan scene dengan komentar ganas versi letak kaki atas kerusi mengatakan kami teruk.

Apa yang teruk?

Terlalu subjektif.

Antara intipati yang dapat aku extract ketika itu:
1. Kami kurang ajar – tak bagi salam pada mereka
2. Kami busuk – abang-abang cakap?
3. Kami poyo – goda kakak Form 2 lebih dari goda mereka
4. Kami pengotor – tak kemas dorm

Banyak lagi sebenarnya. Dari seorang ke seorang kakak-kakak meluah perasaan. Ada yang secara general dan ada yang lebih specific sehingga babak-babak airmata turut terjadi (yang kena maki la). Nasib waktu itu aku sangat average dan tak menonjol. Sebab kalau menonjol, kesalahan akan lebih menonjol. Aku duduk terkemut kat tepi sambil tengok yang cute, yang over-friendly, senang citer yang menonjol la, kena maki. Ada sebab tu, yang tak munasabah pun.

Pernah sekali, aku tak ingat di situ atau di mana tapi masa meeting jugak la (maaf, perkara ni 10 tahun yang lepas), sorang kakak mengherdik member aku sampai menangis dengan alasan “Entah la, aku tak tau kenapa aku tak suka kau. Pasal mata kau tu kot”. Bengong ke hape.

Berbalik pada cerita tadi. Tarikh kami kena panggil tu 31 March. Boleh agak? April Fool?

Salah. Bukan April Fool. Memang diorang nak balun kami. Kami kena panggil dari pukul 12 lebih sampai pukul berapa entah. Lebih pukul 4 pagi rasanya.

Ya. Aku pasti. Sebab scene ni:
(dalam posisi berdiri tak berdiri duduk tak duduk – macam orang buat squads untuk senaman peha)
“Sana la Arn…Sempit la” Aku tak senang dalam posisi tu. Sial. Mula la nak marah orang kiri kanan. Pasal kalau boleh marah kakak, dah lama aku marah.
“Tak boleh la… Aku pun sempit gak”
“Kau jangan la kena aku. Berat tau tak?” Aku rasa macam Arn nak menopang aku. Paham tak?
“@#$$#@#” Tak ingat la. Tapi kami nak gaduh dah.
“Senyap la wei” Sorang member depan aku buat muka bengang nak lempang kami. Kalau tak silap, Azalea.
Kami senyap. Aku pandang Arn. Arn pandang aku.
…….
……..
…….
“Arn, pukul berapa?” Aku terlupa kami hampir gaduh tadi?
Arn tengok jam.
“Pukul 4” Arn pun lupa?
“Penat la.”
“Aku pun.” Waktu ni caya tak kami dah menggigil macam pelakon citer Titanic. Bukan pasal sejuk tapi sebab kondisi separa berdiri tu. Penat tahap dewa. Tak caya try buat dalam sejam. Belum citer kami kena berlakon ala-ala Mat Rempit (aku tak tau masa tu term ni dah wujud ke belum) dengan kondisi bodoh tu.

Aku pandang Arn. Arn pandang aku. Kami senyum.
“Sorry yer Arn, tadi tu”
“Aku pun.”
Pastu kami tergelak. Bengong.

Romantik tak kami? Aku tak ingat pengakhiran malam tu. Tapi aku ingat esoknya sukan dan kami yang ditugaskan menjadi pompom girl tak bangun-bangun.

Aku pun ingat Cikgu Kasmuni rotan kakak-kakak tu kat Dewan Bestari depan semua warga aspura dan aspuri. Yang tak tahan, ada kawan-kawan aku yang menangis kesian. Aku? Aku cakap padan muka.

Aku agak kawan-kawan aku ingat kakak-kakak tu buat begitu demi mengajar erti kehidupan kepada kami. Tapi bagi aku, aku cuma fikir kakak-kakak tu salah buat perhitungan dan melebih-lebih.

Aku tak pernah menyesal anggap dorang camtu. Sekurang-kurangnya simpati aku tak pernah terjual.

Well, you’re 22 and look at them as Form 5 student. Apa kejadahnya?

Aku tengok adik aku yang Form 5 tu, aku tak boleh bayangkan budak baya tu boleh fikir soal “mengajar” erti kehidupan. Sangat bengong. Lebih-lebih lagi dengan menggunakan lakonan rempit jalanan.

Fire Drill

~1.30 am~

"Kring!!!!!!!!!!!!!!"

Aku bukak mata. Apa ni?

Owh...

""Hfff...Hfff...." Aku cepat-cepat bangun. Sleepy roomate masih berselubung selimut.

Aku cepat-cepat berlari ke arah pintu. Membukanya. Silau. Aku meraba-raba selipar. Dapat. Dua pasang. Satu kepunyaan sleepy roomate.

Aku campak selipar kami tepi bakul sampah dalam bilik dan lekas-lekas tutup pintu.

"ZzZzZ"

Itu kejadian tiga hari lalu. Sampai hari ni aku dan sleepy roomate tak pernah buka cerita pasal tu.

Aku rasa sleepy roomate tak tau kami ada fire drill malam tu.

Amaran: Jangan tiru. Berbahaya tau?

Jumaat, 9 Januari 2009

Sequel Ip Man

Ip Man akan ada sequel... Yeay!

Dengan pertambahan karakter Bruce Lee... Hehe...

Khamis, 8 Januari 2009

Ip Man

Aku baru lepas layan IP Man (eep mun). Movie martial arts berdasarkan kisah benar seorang pengamal ilmu seni mempertahankan diri kat Fuoshan. Aku pertama kali terlihat cerita ini tanpa sedar di depan kedai jual CD di BJ. Betul-betul waktu tgh berlawan. Kaki aku melekat depan kedai itu bila tiba-tiba skrin blank dan aku sedar aku berdiri betul-betul tgh jalan. Tiba-tiba blank? Aku masih anggap tokey kedai tu dengki, walau ada kemungkinan dia tak nak aku halang laluan.

Honoured as the best Kung Fu master kat sana, dia punya skill betul2 buat adrenalin aku merembes lebih dari biasa disamping membuatkan aku menyesal kerana tak pernah berminat dengan aktiviti-aktiviti fizikal seterusnya mematikan sebarang percubaan untuk belajar seni mempertahankan diri. Tangkas, tepat, dan laju. Aku hampir-hampir macam nak ikut berkung fu dengan perkakas berdekatan seperti cerek dan botol air.

Dengan latar belakang suram era penjajahan Jepun. Diulit keterdesakan sebuah kehidupan, martial arts nampak dominan dalam waktu-waktu genting ini. Sungguhpun begitu, realistic tetap teranyam dalam alur cerita dengan kewujudan laras-laras senapang. Sains memang lebih berkuasa.

Perasaan menonton movie ini , tak puas. Aku harap aku dapat tengok sampai dia jadi sifu Bruce Lee.

Rabu, 7 Januari 2009

Lelaki Paling Handsome

Hari ni nak buat entry gatal sikit. Pasal lelaki. Lelaki handsome.

Walaupun aku bukan playgirl, tak caya sudah. Aku suka gak tengok lelaki yang handsome ni.

Cumanya, definisi handsome bagi aku mungkin tak sama dengan pompuan lain.
Bagi aku, aku rasa lelaki tu handsome kalau dia ada nilai-nilai klasik dan konservatif, dan tentunya flawless manly face. Pakai fair-and-lovely tak aci erk. Mesti traditional good-looking. Rambut hitam.

Lelaki paling handsome aku pernah jumpa?

Ada. Seorang budak hayat batch 2005/2006 Kolej Matrikulasi Melaka.

Masa mula-mula aku nampak aku sempat fikir, pari-pari dari langit ker. Nampak sangat exaggerate tapi memang sangat-sangat handsome budak tu sampai sorang member aku terlepas cakap akibat terlalu terkejut ”Giler handsome mamat ni” Ala-ala minah drooling. Crowd kelas aku yang majoritinya pompuan skema tiba-tiba senyap. Semua orang fokus. Macam Piper Halliwell datang dan berentikan masa. Lebih handsome dari Farid Kamil dan Leornado Dicaprio. Yang paling bestnya, muka dia very Malay. Takde muka kacuk-kacuk. Muka humble. Lebih tepat kalau aku katakan muka perasan average. Aku rasa dia pelik semua kat situ tengok dia. Tapi dia tetap senyum balik kat kitorang-kitorang yang macam apa ni. Giler naïve!! Langsung takde sifat-sifat tipikal lelaki yang biasanya akan tunjuk konon-konon tak selesa diperhatikan OR pura-pura tak perasan diperhatikan dan berlagak macho aka cool.

Insiden tu sempat menidakkan fakta yang aku cipta sendiri: Lelaki melayu tak handsome kalau tak stylo.

Nama dia?

Tak tahu. Ingat. Yang handsome tu muka dia, bukan nama dia. Dia sesuai dijadikan halwa mata sebab halwa hati ialah seorang yang tak handsome pun.

Si Chubby D. Seorang Joe average.

Ahad, 4 Januari 2009

Lucky or~~~

Malam semalam selepas habis kelas dengan seorang pensyarah yang di’entry’kan oleh pompuan macho, aku dan pompuan macho telah pergi ke sebuah pasaraya bertema biru merah berdekatan uni. Dengan duit 3 ringgit didalam wallet, aku tidak berniat membeli apa pun sebenarnya.

Mujur sahaja di sana ada ATM berwarna merah. Aku keluarkan duit dan ikut capai bakul. Aku masih tidak berniat membeli apa. Tiba-tiba aku teringat aku ingin makan kek. Jadi aku ingin beli kek.

Pompuan macho beli air mineral dan apa entah. Ok. Sekarang aku ingin beli kek.

Pompuan macho tunjuk minuman kotak favourite aku. Aku excited. Ya. Minuman resepi Jepun itu sangat murah menjelang Raya Cina ini. Aku terus ingin beli. Minuman itu dijual dalam satu karton x 24 kotak. Aku cuba angkat. Berat. Sentap terus nak beli. Pompuan macho cuba angkat dan meyakinkan aku bahawa 250 ml = 250 gram x 24 kotak = 6000 gram = 6 kilogram itu tak berat. Sambil membuat kira-kira keuntungan kasar aku dari membeli minuman itu setiap hari dengan harga RM1.10 sekotak. Aku jadi buta. Gila untung. Aku angkat karton itu. Memang berat siot. Tapi membayangkan aku punya stok minuman itu dibilik, berat karton itu terasa seolah-olah hanya 6 gram.

Kami pergi ke cashier ingin bayar. Ramai orang beratur. Kami ikut beratur.

Sampai giliran aku, lebih tepatnya giliran karton minumanku discan, muka cashier pelik. Dia menonggengkan karton itu kesisi lain. Scan. Tengok skrin. Muka masih pelik. Scan kod bar lagi satu. Tengok skrin. Muka masih pelik. Kini aku pulak yang buat muka pelik. Aku terbayang karton itu ada masalah dan tak boleh dijual. Aku harap tak la. Berat tu. Lagipun aku dah berangan nak minum balik ni.

Selepas beberapa percubaan, dia sebut harga. Jujur, dengan duit RM50 yang baru keluar dari mesin ATM tadi, aku tidak dengar harga barangan aku. Aku main hulur RM50 itu. Dia pulang baki. Aku amik. Pakcik India belakang aku (kalut la pakcik ni) sudah tolak-tolak barang aku. Aku ikut kalut dan ingin terus pergi dari situ.

Pompuan macho g amik beg. Aku tunggu kat motor.

Pompuan macho datang.

“Weh, ko kena seploh ringgit lebih je?”
“doploh la” Jawab aku yakin mencongak
“Seploh.”
“hek~~ doploh la.”
“Check resit tengok…”

Aku godek2 wallet. Amik resit dan TERKEJUT.

“Giler…Seploh jer” Aku nampak nama minuman aku yang berbelas ringgit sudah hilang digit 1 didepan. Kurang RM10 dari harga sepatutnya.

Aku teringat lagu favouriteku - Lucky

Dengan berbekalkan alasan aku tidak menipu dan abang cashier tu pun buat bodoh, kami buat keputusan untuk balik.

Balik bilik, aku belanja pompuan macho dan sleepy roommate minum minuman itu. Kosnya cuma RM0.32 untuk dua kotak.Giler tak?!

Di tahun 2009 dimana krisis ekonomi global sedang terjadi dan 200,000 hingga 400,000 pekerja syarikat seluruh Malaysia bakal diberhentikan, pegawai IT yang key-in harga dalam database pasaraya bertema biru merah mungkin bakal menjadi mangsa bila karton minuman resepi Jepun yang keseratus terjual dan jumlah kerugian mencecah ribuan ringgit.

Aku ingin ingatkan sleepy roommate yang mengkhusus dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat (budak database), jangan sleepy masa tengah key-in financial data dalam database ok?

Dan tiba-tiba aku dapat idea untuk develop software apa untuk kelas Software Testing.